Sahabat
Muslim yang dirahmati Alloh...
Semenjak
Rasulullah SAW terlahir ke dunia, wanita sangat dimuliakan kedudukannya di mata
Islam, tidak seperti jaman jahiliah dahulu bayi wanita yang lahir harus dibunuh,
Masya Allah. Berikut ini kami sampaikan 40 Hadits bagaimana Allah SWT
memberikan tempat atau kedudukan wanita baik di mata Allah SWT, suami,
anak-anak, dan di hadapan manusia lainnya.
<>Barang siapa yang menggembirakan
anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena
takut pada Allah S.W.T. dan orang yang takut pada Allah S.W.T. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
<>Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
<>Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak pria. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya
seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
<>Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
<>Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
<>Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
<>Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
<>Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
<>Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
<>Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
<>Sayidah Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah
kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
<>Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
<>Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
<>Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
<>Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T.
<>Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
<>Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
<>Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
S.W.T.
<>Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang wali.
<>Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
<>Rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
<>Wanita yang memberi minum air susu
ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat
satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
<>Perempuan yang melayani dengan
baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
<>Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
<>Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
<>Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
<>Wanita yang memerah susu binatang
dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
<>Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
<>Perempuan yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
<>Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari.
<>Wanita yang hamil akan dapat
pahala beribadat pada malam hari.
<>Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
<>Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
<>Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
<>Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan
berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
<>Jika wanita memicit/mijat suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
<>Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
<>Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
<>Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Berbahagialah
engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !
link to
www.sarkub.com